Jump to content

Photo
- - - - -

50 Tahun Merdeka Tapi Buta Sejarah Bangsa

  • Please log in to reply
43 replies to this topic

#1 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 05 June 2007 - 10:21 AM

50 Tahun Merdeka Tapi Buta Sejarah Bangsa

Utusan Malaysia 13 Feb 2007
Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?

KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang
menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan
Islam di Nusantara, adalah dirujuk.

Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar
Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu
untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti
sejarah.

Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah
bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan
jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang
Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini
ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi
seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul
Aman.

Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah
berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan
negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam
Kedah Kheang Tesh.

Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut
adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan
diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti
Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya
Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda
bersemayam di Ayuthia (Thailand).

Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau
= Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama
sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa
menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan
iaitu Putera Lelaki Beta.

Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di
Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir
oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai.
Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan
kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736
Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman
Indera, Alor Star.

Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi
dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan
Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di
Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah.

Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak
lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh,
sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan
menempatkan istana di dalam kota tersebut.

Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long
Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar
ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya
Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima
Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar
Muadzam Shah Perak.

Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang
dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan
Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini
bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah
menghantar keturunannya untuk menjadi raja di
Songkhla.

–NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD,

Langgar, Kedah.

Sources : http://naim-firdausi.blogspot.com

SEJARAH REALITI KEDAH oleh : Mazlan Abdul Majid, Pensyarah Kanan, UiTM Kedah mazz62@yahoo.com

BPPNS

Fri, 23 Feb 2007 09:44:37 -0800

Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk "Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi" yang disiarkan oleh akhbar ini (Utusan Malaysia) pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.

Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya..Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kita semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya. Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini. Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu.

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04. Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain.Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
"Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga". (ms 34)
"Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan". (ms 36) Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan
bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor, "Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam". Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah
Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser
(Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan
Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah
dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah. Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu).

Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta
Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang
Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876,disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.

Continues...
TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#2 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 05 June 2007 - 10:24 AM

Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam,menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll.

Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu
selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain. Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan
menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi 'Korban Musuh Bisik' dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam
ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.

Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras
yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini. Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu). Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah,berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15.

Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.

Mazlan Abdul Majid
Pensyarah Kanan
UiTM Kedah
TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#3 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 05 June 2007 - 08:25 PM

ini versi da vinci code orang Kedah?

#4 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 06 June 2007 - 03:53 AM

50 Tahun Merdeka Tapi Buta Sejarah Bangsa

Penggunaan "buta" di sini tidak begitu sesuai.
Buta terselit makna kecuaian and penepian fakta-fakta sejarah mengikut citarasa pemerintah semasa.

Penampilan and pengembalian sejarah yang and sebenar dan "objektif" sedang berlaku di mana mana tempat di seluruh pelosok dunia yang menyaksikan terbukanya "mata" naluri manusia zaman kini. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu bisa keluar dari satu persepsi sempit, biar itu tabiat, latar belakang agama, fahaman politik atau asal-usulnya tersendiri. Faktor-faktor sedemikian selalu menyisihkan seseorang insan dari mendekati, menghalusi and memahami realiti sejarah sebenar ...

Jejak-jejak zaman silam, kalau diikuti dan dihalusi dengan fikiran terbuka, bebas dari "tapisan" citarasa seseorang, nescaya ia pasti membuahkan satu penjumpaan yang mencetus hati ... :)

#5 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 11 June 2007 - 06:20 AM

ini versi da vinci code orang Kedah?

More Info

http://naim-firdausi.blogspot.com/

http://sejarahnagara...h.blogspot.com/

Istana Narai

Posted Image

Lihat rekabentuk pintu masuk tengah dibahagian atas. Jika dibesarkan ia seperti bentuk kubah masjid.

Narai @ Tun Saaban memakai Keris?

Posted Image

Sebuah mural pada perabot dari Ayuthia yang di simpan di Muzium di Bangkok. "King Narai himself is said to have been under Iranian cultural influence in terms of his daily food and dress and his preferred architectural styles", M. Ismail Marcinkowski, Phd, "SAFINE-YE SOLAYMANI"

Tinggalan Istana Narai di Ayuthia

Posted Image

Di sini lah Narai menerima tetamu dari Perancis di zaman pemerintahan baginda.

Posted Image

Tulisan Ayat Quran diatas gerbang pintu telah dipecahkan.

Mimbar Masjid Ayuthia

Posted Image

Mengikut Proffesor Madya Plubplung Kongchana, Pengarah, Institut Kajian Asia Pasifik dari Universiti Srinakharinwirot, terdapat 21 buah masjid didalam Kota Ayuthia dan orang-orang Parsi memanggil Ayuthia sebagai Shahri Nao atau Shahrul Nuri. Pelawat-pelawat yang bekunjung ke Ayuthia merasa kagum dengan senibinanya

Edited by Hang Li Po, 11 June 2007 - 06:37 AM.

TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#6 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 11 June 2007 - 06:34 AM

Bunga 'Lotus' atau teratai merupakan 'subject matter' dalam rekabentuk siam islam, sementara bentuk 'hexagon' atau 'pentagon', 'diamond' adalah rekabentuk islam. Ia dinamakan polar-polar geomatrik Islam.

Posted Image

Posted Image

TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#7 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 11 June 2007 - 08:09 PM

Bunga 'Lotus' atau teratai merupakan 'subject matter' dalam rekabentuk siam islam, sementara bentuk 'hexagon' atau 'pentagon', 'diamond' adalah rekabentuk islam.

Bagaimana Islam boleh dikaitkan dengan rekabentuk pentagon, diamond dan sebagainya?
Boleh huraikan dengan lebih jelas?

Ia dinamakan polar-polar geomatrik Islam.

- Boleh terangkan apakah asal-usul perkataan "ISLAM" ?

#8 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 11 June 2007 - 09:46 PM

Bagaimana Islam boleh dikaitkan dengan rekabentuk pentagon, diamond dan sebagainya?
Boleh huraikan dengan lebih jelas?

Gaya seni bina Islam telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam.

Prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan

Sejarah

Pada tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam gaya aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan

Pengaruh dan gaya

Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).

Masjid Agung Samarra di Iraq yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.

Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menangkap bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rüstem Pasha.

Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara

Kemasukan dan penyebaran agama Islam ke Dunia Melayu-Nusantara bukan sahaja menyebarkan agama dan mengenalkan tamadun baru, malah bersamanya Islam mengekalkan seni bina masjid, tempat ibadah orang Islam. Kerajaan Islam Sumatera, Brunei, Jawa, Filipina, Patani dan Melaka juga terdiri. Perkembangan kerajaan Islam itu memungkinkan pula tukang-tukang yang mahir memperlihatkan daya kreativiti mereka. Mereka membina masjid yang seni binanya disesuaikan dengan alam dan persekitaran setempat, khususnya iklim yang panas dan hujan sepanjang tahun, serta dipadankan pula dengan bahan-bahan daripada kayu yang mudah didapati tanpa menjejaskan fungsi masjid. Masjid Demak dianggap sebagai terawal yang masih kekal sehingga sekarang. Seni binanya menggambarkan seni bina Masjid Melayu-Nusantara yang awal dan menjadi bentuk seni bina masjid yang unggul. Bentuk masjid yang sedemikian tersebar ke seluruh Nusantara terutamanya ke daerah yang diduduki oleh masyarakat Islam. Pengaruh seni bina Arab, Turki, Farsi, Moghul dan Barat kemudian menyerap masuk sehingga menghasilkan pelbagai rupa bentuk masjid besar dan kecil ke seluruh pelosok Nusantara.
TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#9 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 11 June 2007 - 09:58 PM

- Boleh terangkan apakah asal-usul perkataan "ISLAM" ?

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#10 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 12 June 2007 - 12:20 AM

Gaya seni bina Islam telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam.

Prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan.

Apakah bezanya rekabentuk Islam dengan rekabentuk orang Arab sebelum Islam?

#11 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 12 June 2007 - 12:27 AM

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

aslama - tunduk
yuslimu - patuh
islaman - selamat, sejahtera, damai

#12 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 12 June 2007 - 02:11 AM

Apakah bezanya rekabentuk Islam dengan rekabentuk orang Arab sebelum Islam?

Sejarah

Pada tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam gaya aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan

Seni Bina Islam Bermotifkan Tumbuh-tumbuhan

Edited by Hang Li Po, 12 June 2007 - 02:14 AM.

TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#13 Hang Li Po

Hang Li Po

    State Undersecretary (Shangshu Lang 尚书郎)

  • Master Scholar (Juren)
  • 677 posts
  • Gender:Female
  • Location:Cheras, Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Languages spoken:Bahasa Melayu, English
  • Ethnic Groups or Race:Malaysian
  • Main Interest in CHF:
    Asian History
  • Specialisation / Expertise:
    Malai Ren, Malai Yun, Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu & Wu Lai Yu, Malaysian History, Islamic History, Chinese Muslim History, Japanese Muslim History

Posted 12 June 2007 - 02:21 AM

Contoh Seni Bila Islam Di Asia Tenggara

Seni Islam (Islamic Art) Muzium Sarawak

Posted Image

Ukiran kayu bermotif bunga-bungaan, digunakan sebagai hiasan pada rumah orang-orang kenamaan.

Adalah dipercayai Islam telah diperkenalkan di rantau ini oleh pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam dari Timur Tengah, India dan China. Walau bagaimanapun, sejarah Islam di negeri Sarawak berkait rapat dengan sejarah Pulau Borneo terutama sekali Brunei. Ternyata polisi kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kedudukan Islam di Sarawak. Sultan Brunei memainkan peranan utama dalam menyebarkan Islam kepada penduduk Sarawak. Ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan undang-undang Syariah telah membentuk cara hidup individu Muslim dan ia juga telah memberi inspirasi dalam senibina Islam dan ia diperkayakan dengan cetusan nilai-nilai Islam.

Posted Image

Objektif utama dalam Senibina Islam adalah untuk melahirkan rasa ketenangan, keharmonian dan kemanusiaan dan bukannya untuk diagung-agungkan dan disembah. Senibina Islam hanyalah satu pembangunan yang lahir daripada kreativiti pengukir berdasarkan sumber inspirasi daripada Al-Quran dan melahirkan bentuk-bentuk geometri, kaligrafi dan warna. Rekabentuk ini melambangkan rasa syukur dan kekuasaan Allah.

Posted Image

Beberapa koleksi senibina Islam dipamerkan di Muzium Islam Sarawak. Antaranya ' Daun Pintu '; pintu kayu yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang berwarna emas dan merah. Pintu seperti ini biasanya digunakan di dalam rumah orang-orang Melayu sewaktu abad ke 15 dan ke 16. Selain daripada itu, ukiran kaca bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi juga boleh didapati di galeri Muzium Islam Sarawak. Biasanya ia digunakan di rumah tradisional orang Melayu yang mempunyai ketinggian 240 sm dan 480 sm lebar yang diukir untuk membolehkan sistem pengudaraan yang baik dan cahaya memasuki bilik.

Pada zaman keagungan Islam senjata digunakan oleh orang Islam untuk mempertahankan diri mereka dari ancaman musuh. Antara jenis senjata yang digunakan ialah parang, tombak, senapang dan lain-lain. Pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal dan mahir menggunakan senjata ialah Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali dan Khalid Al Walid.

Posted Image

Kehebatan menggunakan berbagai jenis senjata dapat menggambarkan ketinggian tamadun orang Islam dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman musuh serta memerangi musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan Islam. Kehebatan pengukir sewaktu zaman keagungan Islam dalam mengukir senjata-senjata mengadunkan simbol peperangan dan kehalusan nilai seni. Pengukir cuba mengambarkan semangat jihad dan keagungan Allah melalui seni ukir dan reka bentuk pada setiap senjata yang di ukir. Berdasarkan kegemilangan Islam pada masa lampau membolehkan Islam bertakhta dihati setiap muslim yang beriman pada masa kini.

Posted Image

Keris merupakan salah satu senjata yang terkenal di kalangan orang Melayu. Sebagai contoh, Keris Bugis dijumpai di Celebes pada abad yang ke 17 menyerupai bentuk Semenanjung. Hulunya dibuat daripada gading dan mempunyai pendongkok perak di permukaannya.

Mata kerisnya lurus dan mempunyai perabong di tengah. Sarung keris dibuat daripada perak yang berukir dimana bahagian atas sarung terdapat lambang kepala manusia. Bahagian hujung sarung keris telah pun rosak . Manakala pada bahagian belakang sebelah kanan sarung keris terdapat perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab.

Senibina Islam tidak dapat lari dari seni khat berdasarkan petikan daripada ayat Al-Quran atau pun paling ringkas perkataan 'Allah' dan 'Nabi Muhammad S.A.W' dalam tulisan Arab

Sources: http://www.museum.sa...bmver/islam.htm
TOO PHAT feat YASIN - ALHAMDULILLAH (ENGLISH VERSION)

#14 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 12 June 2007 - 04:35 AM

aslama - tunduk
yuslimu - patuh
islaman - selamat, sejahtera, damai

tunduk kerana tak berdaya
patuh kerana takut
dan selamat kerana mematuh ...

bagai satu mitos penaklukan ? :o

#15 LYY

LYY

    Prime Minister (Situ/Chengxiang 司徒/丞相)

  • CHF Han Lin Scholar
  • 1,518 posts
  • Main Interest in CHF:
    Chinese Philosophy
  • Specialisation / Expertise:
    I-Ching (Yijing 易经)

Posted 12 June 2007 - 04:45 AM

Kehebatan menggunakan berbagai jenis senjata dapat menggambarkan ketinggian tamadun orang Islam dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman musuh serta memerangi musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan Islam. Kehebatan pengukir sewaktu zaman keagungan Islam dalam mengukir senjata-senjata mengadunkan simbol peperangan dan kehalusan nilai seni. Pengukir cuba mengambarkan semangat jihad dan keagungan Allah melalui seni ukir dan reka bentuk pada setiap senjata yang di ukir. Berdasarkan kegemilangan Islam pada masa lampau membolehkan Islam bertakhta dihati setiap muslim yang beriman pada masa kini.

(1) Yang aneh bagi saya, mengapa Islam perlu berperang dengan Kristian and Yahudi sedangkan nabi-nabi mereka diiktiraf Islam?

(2) Kalau seluruh spesis manusia buatan Allah, mengapa Islam perlu membezakan manusia antara muslim dan kafir ?

(3) Mengapakah manusia perlu berperang kerana agama?

Edited by LYY, 12 June 2007 - 04:49 AM.

2 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users

    Google (1)